18 March 2011

KenApa aWak SaYanG SayA???

sebuah ceritera keikhlasan cinta seorang suami terhadap isterinya.....

Isteri : Mengapa abang sayangkan saya? Mengapa abang cintakan saya? Mengapa abang menyukai saya?

si suami tersenyum mendengar soklan si isteri, lalu dengan tenangnya si suami menjawab...

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi, mencintai dan menyukai Sayang!

si isteri tidak berpuas hati dengan jawapan si suami lantas berkata...

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang, cinta dan sukakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

si suami meyakinkan isterinya...

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

si isteri mula berasa curiga dengan jawapan si suami lantas meninggikan sedikit suara...

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan terlantar koma......

p/s:sy cyunk awk x kire awk mcm mne pun..sy cyunk awk seadanya..

16 March 2011

mata kail



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi..



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...

15 March 2011

are-kuh budak baru..

aku budak baru kat tempat niyh..masih lagi x memahami tentang blog2x niyh..saje2x nak test wat blog..
hope you all okeyh with my blog..bak pantun yang kitew sume tawu..buah cempedak di luar pagar, ambik galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..okeyh..adios..=D